
Nikah Khitbah or Nikah Gantung .Saturday, 8 November 2014 | 0Superstar (s)!
( Maksud nikah Khitbah @ gantung )
Nikah khitbah adalah sma dgn
istilah nikah gantung tetapi khitbah itu nama dalam bahasa arab.Ia adalah
pernikahan sama seperti nikah yang biasa dilakukan , yang membezakannya adalah
, pasangan suami isteri yang baru lepas nikah itu tidak tinggal sebumbung . Si
suami juga tidak wajib memberikan nafkah zahir dan batin . Si isteri pula masih
lagi di bawah tanggungan ayahnya sehingga majlis perkahwinan mereka dijalankan
ataupun sehingga si isteri tinggal sebumbung dengan si suami .
( Keistimewaan nikah Khitbah @ gantung )
Bagi istilah remaja zaman
sekarang , ia dipanggil couple yang halal , ini bermaksud pasangan suami isteri
bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka kehendaki , seperti , berjalan
berpegang tangan dan sekiranya si isteri hamil semasa mereka masih dalam tempoh
nikah khitbah anak itu sah kerana suami dan isteri telahpun menjalankan akad
nikah .
( Golongan yang melakukan nikah Khitbah
@ gantung )
Antara golongan yang
melakukan nikah Khitbah adalah ,
> golongan belum berkemampuan untuk menyara keluarga
> golongan masih belajar
> golongan belum mendapat
kerja
> golongan pelajar di IPT
&
banyak lagi .. yang lain
sila rujuk kat mna2x sumber sahih lhaa yhaa ... :)
( Boleh dihebahkan ker ? )
seperti yang saya katakan
tadi nikah Khitbah adalah sama dengan nikah biasa , kan memang kita digalakkan
untuk menghebahkan berita perkahwinan kita so sama juga macam nikah Khitbah nie
, adalah digalakkan dan harus untuk kita hebahkan apatah lagi jika ia boleh
menimbulkan fitnah . Manusia , ada saja yang terfikir di otak mereka jika
nampak lelaki dan perempuan berpegang tangan di khalayak ramai kan , conform
diorang fikir yang kita belum kahwin coz yang biasa melakukan nikah Khitbah ni
adalah golongan remaja yang masih berstatus pelajar so,bwat apa nak rahsiakan
benda baik kan ?
( Perbezaan nikah Khitbah dengan
bertunang )
jelas sekali bahawa kita
ketahui pertunangan itu haruslah dirahsiakan dan perkahwinan itu dihebahkan .
memang ia hampir sama dengan tunang tetapi bezanya , pasangan bebas melakukan
apa sahaja jika nikah Khitbah dan jika tunang tidak ada tiket halal lagi untuk
pasangan .
( Bagaimana dengan ibu bapa ? )
Saya pun tak tahu sangat
kalau bahas pasal ni , tapi menurut sumber yang saya rujuk , ibu bapa haruslah
memberi kebenaran kepada anak jika mereka ingin bernikah kerana sudah saling
mencintai , takut fitnah , dan kalah kepada nafsu , kerana jika ibu bapa
menolak keinginan mereka pasti berlaku sesuatu yang tidak diingini apabila
dicampur dengan hasutan syaitan . Maka dengan itu , turuti keinginan mereka dan
biarkan anak2x buat pahala . daripada dok calling , sms , berdua-duaan ,
bermanja-manja ..... bek biar diorang calling , sms , berdua-duaan ,
bermanja-manja ngan pasangan diorang kan dapat pahala tu ???
hehehe nie suma sekadar
perkongsian jak ... manataw berguna untuk antra pembaca2x nie kan ....
Allahualam .. tiada paksaan dalam Islam kan cuma kita harus fikir kadang2x
benda yang terbaik untuk diri dan agama kita ... jaga maruah diri dan agama
kita Insya Allahbahagia dunia akhirat . :)
|
Moustache Owner ![]() My name is Nurul Amylia. Start breath from 19 October 1998. Don't forget leave your footprint. Be nice here :) Much love : Amy. Be mine forever ❤ Let's Talk!
Big applause to... |